Alumni UiTM Perlis Malaysia

think of alumni, think of giving back...

BUDI WILAYAHKU HALF MARATHON 2020 PUTRAJAYA

Budi Wilayahku Half Marathon Putrajaya 2020 menyasarkan penglibatan dan himpunan alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) terbesar bersama pelari tempatan dan juga antarabangsa.

Lebih signifikan , larian itu akan dimasukkan dalam kalendar acara tahunan Hari Wilayah Persekutuan.

Pengarah programnya adalah Tuan Haji Shamsul Baharin bin Mohd Hanafiah yang merupakan mantan Presiden Persatuan Alumni UiTM Perlis.

Program juga adalah dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.

Sebahagian daripada AJK Persatuan telah terlibat secara langsung sebagai AJK dan sukarelawan larian.

Persatuan juga telah menaja pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis menyertai larian tersebut.
Gambar-gambar sekitar Program Larian Budi WilayahKu di Dataran Putrajaya Presint 3, pada 22 Februari 2020.